STRATEGI LAUTAN HIJAU KEBANGSAAN (NGOS)

Simbolik

“Lautan Hijau” menjadi simbolik kepada kebebasan yang mana Ketika ini bukan saja negara tetapi sebahagian rakyat juga terkesan dengan isu kewangan. Program Strategi Lautan Hijau (NGOS) diwujudkan dengan beberapa inisiatif yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terjejas dan secara lansung dapat menggerakkan ekonomi negara yang agak perlahan.

Strategi Lautan Hijau Kebangsaan (NGOS) merupakan inisiatif yang membantu individu yang gagal dalam pengurusan kewangan lebih-lebih lagi akibat dari pandemik yang melanda negara kita yang mana mendatangkan kesan yang sangat kuat pada ekonomi negara dan kewangan individu.

Penerapan ini juga mampu membantu kerajaan dalam menggerakkan semula perjalanan ekonomi yang semakin perlahan akibat dari penyusutan kuasa beli berpunca dari kekangan kewangan. Selain itu program ini juga akan melahirkan individu yang lebih berhemah dan secara lansung meningkatkan produktiviti kerja setelah bebas dari masalah kewangan sedia ada.

VISI

MENGURANGKAN KADAR SENARAI HITAM DAN MELAHIRKAN PEMIUTANG YANG BERHEMAH.

MISI
MENGGABUNGKAN AGENSI KREDIT & INSTITUSI KEWANGAN SERTA KEPELBAGAIAN JENIS PRODUK PERBANKAN JUGA PUSAT SEHENTI PENYELESAIAN MASALAH KEBERHUTANGAN.

Isu & Masalah

Dalam mendepani cabaran ekonomi globalisai, Erbe Financial Advisor menjadi peneraju utama dalam menjayakan Program Strategi Lautan Hijau Kebangsaan (NGOS) yang komprehensif dan dinamik untuk kebebasan dan kesejahteraan rakyat yang berkekalan.

Selain mengenal pasti masalah, EFA juga berperanan menyediakan jalan penyelesaian dan Pendidikan pengurusan kredit supaya semua yang terlibat sebelum ini dapat menjalani kehidupan dengan tenang tanpa tekanan kewangan dalam meneruskan kelansungan hidup harian. Dalam kalangan golongan yang berpendapatan rendah dan sderhana umumnya, kerap berlaku masalah sosial ekonomi seperti berikut,

Hutang Lapok

Hutang lapok/lama dikategorikan sebagai hutang yang telah tidak lagi di selenggara dengan baik.

Keberhutangan Tinggi

Masalah yang kebiasaanya terjadi apabila kehendak mengatasi keperluan.

Senarai Hitam

Hutang yang tidak lagi mampu dibayar sehingga menyebabkan nama di senaraikan hitam.

Pinjaman Haram

Akibat tekanan kelansungan hidup, perkara ini dianggap sebagai “penyelamat” tetapi memakan diri.

Penipuan & Pelaburan Palsu

Keghairahan untuk keluar dari masalah & kehendak yang melebihi kemampuan.

Penyelesaian

Penyusunan Semula Hutang

Dengan penglibatan pelbagai Institusi kewangan kami akan menilai produk yang terbaik untuk Menyusun semula hutang dan menghasilkan lebihan perbelanjaan dan simpanan individu

Penyelesaian Masalah Kredit

Dengan penglibatan pelbagai Institusi kewangan kami akan menilai produk yang terbaik untuk Menyusun semula hutang dan menghasilkan lebihan perbelanjaan dan simpanan individu

Pendidikan Pengurusan Sistem Kewangan

Beberapa modul telah dibuat bagi membantu mereka untuk menambah baik pengurusan kredit dan sistem simpanan kekal bagi masa depan.

KONSEP 3P

1. Penglibatan Semua Agensi Dan Institusi Kewangan

2. Pengenalan Produk Dan Perkhidmatan Serta Pakej Ransangan Bernilai RM10 Juta

3. Pendidikan Yang Akan Menerapkan Kepentingan Pengurusan Kewangan

Objektif Dasar

Meningkatkan Produktivtiti

Kesan dari Program ini akan meningkatkan lagi produktiviti kerja kakitangan awam dan swasta setelah bebas dari tekanan masalah kewangan.

Hasil Berimpak Tinggi

Ianya juga akan meningkatkan lagi sosio ekonomi negara khasnya dengan penghasilan kuasa beli baharu dan berulang.

Pemiutang Yang Berhemah

Pengalaman yang dilalui pemiutang akan mendidik mereka untuk lebih berhemah dalam mengurus dan menyelesaikan kredit secara berskala.

Strategi Lautan Hijau Kebangsaan (NGOS) menyediakan prinsip & gerak kerja mendaya upaya komuniti khususnya golongan B40. Menerusi Strategi ini, semua pihak perlu memberi Kerjasama untuk memastikan matlamat serta objektif yang digariskan dapat dicapai dan membawa perubahan positif terhadap komuniti yang disasarkan.

Dalam keadaan semua pihak mengambil peranan masing-masing dan melangkah ke hadapan dan mengambil kira tindak balas keadaan terhadap masalah yang dihadapi, negara dijangka dapat merasai impak daripada strategi ini dalam tempoh lima kesepuluh tahun.

Pada masa ini,negara akan mempunyai stuktur komuniti yang sejahtera termasuk dapat melahirkan generasi yang berhemah. Penekanan strategi ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan baharu untuk mendaya upaya komuniti B40 berasaskan hala tuju ke arah negara maju.